Friday, April 06, 2012
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
Thursday, July 14, 2011
Tinggal 9 Hari Lagi untuk aku akan bergelar suami..Seronok rasanyer..Masa tu dah Tak Lama dah..Pejam Celik-Pejam Celik, Aku akan bergelar Sorang Suami pada 23/7/2011. Merupakan Satu Tarikh yang mana aku akan masuk ke alam baru...Alam Rumahtangga...Bila Difikirkan Semula..Aku bercelaru..Aku memikirkan..adakah aku akan menjadi seorang suami yang baik,bertanggungjawab,membahagiakan rumahtangga,cukup makan dan minum aku sekeluarga..Aku tahu ini adalah nikmat dan dugaan yang bakal aku tempuhi..Aku harapkan semoga semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar..blog inilah tempat aku meluahkan.ianya akan menjadi satu bukti ketika aku bujang masa kini..Untuk tatapan anak-anak aku nanti..Mereka Boleh Baca Apa yang aku tulis di sini..Bukan mudah nak menanggung satu tanggungjawab baru.Tapi yang pastinya, jika kita tak cuba..masakan kita tahu apakah rasa menjadi sorang suami kepada wanita dan kepada anak-anak..moga ALLAH sentiasa Membuka pintu rezeki Aku dan Keluargaku serta memudahkan Perjalanan Hidupku Sekeluarga..Amin..
Thursday, June 09, 2011
Memang Benar..Jalan Hidup Masih Panjang...Tapi Tuhan Tak pernah berhenti Membuka Jendela Untuk Memaafkan Kita. Dalam 1 Bulan Dan Beberapa Hari Sahaja lagi, Aku Akan Memasuki Ke Satu Alam Kehidupan Baru Bersama Insan Yang Amat Ku Sayang. Banyak Pengalaman Yang Mematangkan Perjalanan Hidup Aku, Jatuh dan Bangun Aku Tanpa Mengenal Erti Putus Asa dan Selagi Nyawaku Tersimpan dalam Jasad Yang Hebat Ini Aku Akan Terus Melangkah. Hanya Ku Harapkan Keredhaan ALLAH dalam Setiap Langkah Perjalanan Hidupku.
Semalam Gembira Hati Aku bila Melihat Rakan-Rakan Seperjuangan yang Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Begitu Komited Mereka dengan Tugas yang Di Amanahkan.Begitu Juga Buat Sahabatku Nurul Akla dan Mantan Bosku Azwin Arif. Tahniah Bro..Rezeki Sentiasa ALLAH buka untuk anda.Moga Sentiasa Ikhlas dan Gigih Lagi lepas nie..
Perjalanan Kita Semua Masih Jauh dan Masih Panjang....Moga Segalanya Akan Berlalu Dengan Penuh Rahmat dan Keredhaan ALLAH..Terima Kasih Ya ALLAH kerana Sentiasa Memberikan Dugaan Yang Mematangkan Hidupku.Ameen...
Wednesday, May 04, 2011
Terlalu Lama Rasanya Tak berupdate blog ini semenjak kemalangan rakan aku pada 7 November 2010 tahun lepas. Dan lebih bermakna pengalaman dalam hidup bila di tipu dan dipergunakan dan aku juga ketahui tiada keihlasan di dalam diri mereka. Bila di hadapan kata-katanya sangat bermakna dalam hidupku..tapi bila di belakang...sangat hebat cacian dan tomahan yang dilemparkan kepadaku oleh orang yang ada di sekeliling ku.. Nevermind lah...Tu Suma Dugaan ALLAH kepada Aku..mungkin aku ada melakukan kesalahan kepada mereka...dan bagi aku mengampunkan mereka adalah cara yang terbaik..
Semalam aku ada baca sebuah artikel di facebook..sebenarnyer ianya lebih kepada penceritaan perjalanan hidup 2 orang sahabat..seronok baca penceritaan itu..betapa ikhlasnya hati seorang sahabtanya menyayangi diri sahabatnya walaupun mereka dahulu bukanlah kawan yang baik. Akhirnya mereka menjadi sahabat yang baik dan banyak pengalaman berkongsi suka dan duka..
selalunya mereka berdua sangat berbeza pendapat dan berlainan acara.. tapi hidup mereka dapat bersama-sama di dalam situasi yang sama.. aku suka pada satu ayat yang di karang dalam tu..

alhamdulillah dia mengerti dengan apa yang aku katakan dan dia angguk dengan senyuman.
Persoalanya.Adakah aku akan bertemu dengan sesorang yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk bersahabat dengan aku? itu suma ketentuan ALLAH..yang pasti aku redha dengan segala Ketetentuan ILLAHI.. Jika ada orang sekeliling yang membaca blog ini..aku tak berniat nak megusik hati anda..Maafkan aku tapi ianya adalah sekadar satu luahan hati dari aku yang bernama insan. Hanya di sini tempat ku meluahkan..
Sunday, November 07, 2010
'Bas ni terlalu laju...aku seram'
Inikata-kata terakhir Sahabatku Ismail Naqiuddin Hamdan...Hingga kita bertemu lagi....moga rohmu ditempatkan dikalangan orang yang beriman...ameen..MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.
MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.
PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.
Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.
Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.
Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.
Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.
Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.
“Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.
“Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.
Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.
Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam.
Wednesday, September 01, 2010
Tuesday, July 06, 2010

Selamat Pengantin Baru Kepada Kedua-dua Kawan Baik ku....Saiful merupakan kawan ketika satu pengajian dahulu..dan Fauziah merupakan kawan ketika bersama-sama menjadi Poineer untuk Era Hotel Di Bahau Negeri Sembilan Satu Ketika dahulu. Alhamdulillah, sudah berumahtangga mereka berdua...Jodoh Pertemuan di tangan ALLAH....Agaknyer bila la pulak Masa untuk aku berumahtangga yer....Hujung Tahun..atau Tahun Hadapan...hehehe....Nantikan Lah yer...
Thursday, May 27, 2010
Monday, May 10, 2010
Thursday, March 18, 2010
Monday, December 21, 2009
Huda Merupakan kawan den sewaktu kami bersekolah rendah sehinggalah sekolah menengah...dan zul pula merupakan kawan di tempat bertugas kini (UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG)...
Tahniah den ucapkan kepada korang..moga berkekalan hingga ke akhir hayat dan cepat2lah menimang cahaya mata k....
p/s: (pas sorang..sorang kawan den kawin...den nie bilo la laie agak eh...aduh...doakan den yo..)
Monday, November 30, 2009

ape pula kaitanyer dengan gambar baby kat atas tuh..hehehehe....
sebenarnya nak share sikit dengan korang suma...benarlah kata orang yang dah kawin...dahulu masa baru mula-mula kawin, balik sahaja ke rumah lepas kerja...pasti di cari adalah isteri yang tersayang..tapi bila dah ada cahaya mata...balik sahaja dari kerja pasti anak yang di cari dahulu...bukan maknya...hahaha.....(padahal aku belum nikah pon lagi)...
Berbalik semula pada gambar dia atas..itu adalah anak buah kepada salah seorang sahabat nasyidku iaitu Fadzil@Padel.... mungkin di sebabkan dahulu aku pernah menjaga anak kakak ku aku menjadi rindu-rinduan pada Izzatt Hafiy...telatahnyer yang manja dan comel serta dengan keletahnyer yang suka bercakap (Bahasa German agaknyer..hahaha....) walau aku tak paham ape kehendak dia...tapi betul-betul buat hatiku terhibur sehinggakan aku menjadi rindu padanyer....padahal baru sahaja 2 kali aku jumpa dengan Hafiy..Semasa bawa Padel balik ke rumahnye sebelum Raya Qurban dan menjemput semula Padel untuk sama-sama pulang ke Kuantan....
Rasa istimewa sangat bila dapat bermain dengan anak kecil nie..rasa macam aku dah patut untuk berumahtangga..tapi bilakah waktu itu??? Hanya ALLAH yang mengetahui kerana DIA telah Mengatur semua Langkah perjalanan hidupku..dengan siapa Jodohku? Itu juga tidak dapat di duga lagi..kerana aku hanyalah merancang dan DIA yang menentukannya...rindu betul rasanya nak berjumpa dengan Hafiy lagi...bila kah agaknyer....zaman kecil hanya sekali....Hafiy semakin membesar....Tak kenal aku siapa pada dia..cuma seorang pakcik yang mendukung dan menciumnya....To Padel...thanks coz temukan dengan anak buahnya dan berkongsi kegembiraan bersama anak saudaranya...IZZAT HAFIY...a great baby..moga menjadi insan yang hebat,cemerlang dan menjadi anak yang soleh kepada ibu dan bapanya di masa hadapan....insyaALLAH.....
Tuesday, September 15, 2009
So Nisa terima kasih Beri kad Raya kat abang..abang sedang berusaha dengan gigih untuk menyiapkan e-Card sendiri ni..nanti kalau sempat abang bagi k..SALAM LEBARAN....
Monday, September 14, 2009


Thursday, September 10, 2009
Salam Semua...ahaks...Semalam aku di tag lagi...kali nie dari Xikree yang merupakan kawan sepengajian juga satu kumpulan nasyid ketika aku di POLISAS dulu..tajuk tag kali nie TAG MAKAN-MAKAN RAYA. adeh..puasa pun tak abeh lagi..baiklah xik.. Wakdan jawab soalan Woang..hehehe...1.Suka memasak?
- Not so sure but kengkadang memang masak pun..tapi kalau balik kampung memang 4 sure aku akan masak sebab aku suka tengok orang makan masakan aku..hehehe....
- 1. Masak Sambal Sotong dengan daun Limau Purut ( Faveret aku sebenar nyer nie)
- 2. Masak Lemak Cili api ( Feveret aku gak tapi mak jugak masak yang sedap)
- 1.Bi Hun Tom Yam ( Sebab nie memang aku akan masak di pagi raya..Family suka makan)
- 2.Lemang dan Rendang ( Sebab nie memang makanan wajib setiap kali Hari Raya)
- 1. Kuih Almond America
- 2. Kuih Goyang
- Macam mane nie nak tayang sebab aku tak da ambil gambar masakan yang aku masak..hahaha....
- Abang Firdee Firdaus
- Saudari Nisa
- Saudara Penyu XP
- Saudari Azza Beranang
- Saudara Abe
- Saudara MieMie
- Saudari Cik Tim
- Saudara Ejaylicious
- Puan Ida
- Saudara dan saudari yang suka nak jawab tag Ni..silakan yer































