Wednesday, May 04, 2011

TERLALU LAMA

Assalamualikum....

Terlalu Lama Rasanya Tak berupdate blog ini semenjak kemalangan rakan aku pada 7 November 2010 tahun lepas. Dan lebih bermakna pengalaman dalam hidup bila di tipu dan dipergunakan dan aku juga ketahui tiada keihlasan di dalam diri mereka. Bila di hadapan kata-katanya sangat bermakna dalam hidupku..tapi bila di belakang...sangat hebat cacian dan tomahan yang dilemparkan kepadaku oleh orang yang ada di sekeliling ku.. Nevermind lah...Tu Suma Dugaan ALLAH kepada Aku..mungkin aku ada melakukan kesalahan kepada mereka...dan bagi aku mengampunkan mereka adalah cara yang terbaik..

Semalam aku ada baca sebuah artikel di facebook..sebenarnyer ianya lebih kepada penceritaan perjalanan hidup 2 orang sahabat..seronok baca penceritaan itu..betapa ikhlasnya hati seorang sahabtanya menyayangi diri sahabatnya walaupun mereka dahulu bukanlah kawan yang baik. Akhirnya mereka menjadi sahabat yang baik dan banyak pengalaman berkongsi suka dan duka..
selalunya mereka berdua sangat berbeza pendapat dan berlainan acara.. tapi hidup mereka dapat bersama-sama di dalam situasi yang sama.. aku suka pada satu ayat yang di karang dalam tu..

"Andai masa mampu ku undur, biarlah ku tua bersamamu sahaja, biarlah waktu terhenti buat kita berdua sahaja, *****.. sahabat terbaik ku, di mana sahaja ku berada, antara persoalan yang keluar di benakku, mampukah ku cari ***** ku di sini, apa khabarnya sahabatku di sana, semoga dia merinduiku seperti mana aku merinduinya... bilakah akan bertemu sua, mengumpil kembali memoir indah bersama...... kenangan manis kau dan aku,, takkan berundur.. duri ranjau bercinta,, lumrah dunia.. sebelum ku kenal,, diri mu siapa.. aku tak kenali apa itu cinta..."

Itulah kata-kata seorang sahabat kepada sahabat yang sangat di sayangi dan di cintainya...rasa cemburu pun ada bila membacanya..sempat aku bertemu dengan rakanku yang mengarang kata-kata di atas...dia kata..dialah sahabat yang terbaik yang dia ada...alhamdulillah..aku katakan pada kawanku itu..jagalah dia dan hargailah sahabat itu lebih dari diri anda...jangalah padang sahabat dari hartanya..tari pangkatnya..dari rupanya...dan dari kebijaksanaannya...tapi pandanglah pada kejujurannya dan keihklasan dia bersahabat dengan kita.....

alhamdulillah dia mengerti dengan apa yang aku katakan dan dia angguk dengan senyuman.
Persoalanya.Adakah aku akan bertemu dengan sesorang yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk bersahabat dengan aku? itu suma ketentuan ALLAH..yang pasti aku redha dengan segala Ketetentuan ILLAHI.. Jika ada orang sekeliling yang membaca blog ini..aku tak berniat nak megusik hati anda..Maafkan aku tapi ianya adalah sekadar satu luahan hati dari aku yang bernama insan. Hanya di sini tempat ku meluahkan..

JOM LAYAN

ANDA DARI MANA