Monday, November 30, 2009

KERANAMU HAFIY

Suka Betul Aku dengan Gambar Nie....

Happy Moment With Hafiy

Assalamualikum.... Lama Betul Rasanyer den tak kongsikan ape-ape cerita dalam blog ni...Disebabkan den terlalu sibuk....dengan kerja seharian di pejabat yang sangat mendesak tambahan pula dengan hari minggu yang sangat padat dengan xtvt...sumenyer terabai melainkan Facebook yang aku baca hari-hari...Nak buat macam mane kan....dah namanyer tugas..iyanya adalah satu amanah yang dah terpikul di bahuku..wah dah macam cerpen la pulak...

ape pula kaitanyer dengan gambar baby kat atas tuh..hehehehe....
sebenarnya nak share sikit dengan korang suma...benarlah kata orang yang dah kawin...dahulu masa baru mula-mula kawin, balik sahaja ke rumah lepas kerja...pasti di cari adalah isteri yang tersayang..tapi bila dah ada cahaya mata...balik sahaja dari kerja pasti anak yang di cari dahulu...bukan maknya...hahaha.....(padahal aku belum nikah pon lagi)...

Berbalik semula pada gambar dia atas..itu adalah anak buah kepada salah seorang sahabat nasyidku iaitu Fadzil@Padel.... mungkin di sebabkan dahulu aku pernah menjaga anak kakak ku aku menjadi rindu-rinduan pada Izzatt Hafiy...telatahnyer yang manja dan comel serta dengan keletahnyer yang suka bercakap (Bahasa German agaknyer..hahaha....) walau aku tak paham ape kehendak dia...tapi betul-betul buat hatiku terhibur sehinggakan aku menjadi rindu padanyer....padahal baru sahaja 2 kali aku jumpa dengan Hafiy..Semasa bawa Padel balik ke rumahnye sebelum Raya Qurban dan menjemput semula Padel untuk sama-sama pulang ke Kuantan....

Rasa istimewa sangat bila dapat bermain dengan anak kecil nie..rasa macam aku dah patut untuk berumahtangga..tapi bilakah waktu itu??? Hanya ALLAH yang mengetahui kerana DIA telah Mengatur semua Langkah perjalanan hidupku..dengan siapa Jodohku? Itu juga tidak dapat di duga lagi..kerana aku hanyalah merancang dan DIA yang menentukannya...rindu betul rasanya nak berjumpa dengan Hafiy lagi...bila kah agaknyer....zaman kecil hanya sekali....Hafiy semakin membesar....Tak kenal aku siapa pada dia..cuma seorang pakcik yang mendukung dan menciumnya....To Padel...thanks coz temukan dengan anak buahnya dan berkongsi kegembiraan bersama anak saudaranya...IZZAT HAFIY...a great baby..moga menjadi insan yang hebat,cemerlang dan menjadi anak yang soleh kepada ibu dan bapanya di masa hadapan....insyaALLAH.....

Tuesday, October 27, 2009

JUST TRY PORTAL SLIDES SHOW

Tuesday, October 20, 2009

IBU DAN FACEBOOK



Bagai Nak rak den Ketawa Tadik..Enjoy La k...dah Lama tak buat posting..tunggu yer posting yang terkini dari aku..sekarang tengah sibuk nak buat studio rakaman di Universiti..

Tuesday, September 15, 2009

e-KAD RAYA UNTUK UNTUK TEMAN-TEMANKU

Kepada Semua pengunjung Blog Ini Sila Grab e-Kad Raya Ini Istimewa Untuk Anda Semua
Pejam-Celik,Pejam-Celik kita semua dah pun hampir kepada Hujung Bulan Ramadhan yang sangat Istimewa kepada kita semua..Bulan 1000 Keampuanan dan Rahmat dari ALLAH..Sempena HARI RAYA AIDILFITRI yang bakal menjelang tiba..Kepada semua yang mengenali diri ini, saya MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika ada membuatkan teman-teman semua berasa hati dengan saya..Fahamilah saya pun hanyalah insan yang hina yang selalu melakukan kesilapan..Raya nie saya menjemput Teman-teman untuk bertandang ke Teratak Usang saya yang terletak di Jempol Negeri Sembilan...Sambutlah SALAM LEBARAN IKHLAS DARI SAYA..SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

KAD RAYA DARI ABANG FIRDAUS (Terima Kasih Bang)

Credit To Abang Firdee @ Firdaus
Salam..Yeaaaa..dapat kad raya lagi dan kali ini kad ini datangnya dari Abang Firdaus Alias yang berasal dari Temerloh Pahang.. Abang Kepada Blogger Jugak ( Xikree).. Macam kenal jer budak yang main bunga api dalam e-card tu...Mesti adik comel ku Iman..hehehe..Adik Iman Nie merupakan adik kepada Abang Firdaus dan Xikree.. Adik bongsu mereka..Comel sangat-sangat adik nie...Lama dah aku tak datang melawat mereka semua...Tebal sangat rinduku nak berjumpa dengan Ayahanda Alias dan Ibunda Hayati.. Sebenarnya Mereka semua nie dah macam keluargaku sendiri.Kalau ada rezeki raya tahun nie akan ke Temerloh untuk menziarahi keluargaku di sana.Anyway thanks abang for the Hari Raya Card...SALAM AIDILFITRI..

KAD RAYA DARI NISA (Terima Kasih Dik )

Assalamualikum....Pagi nie Masuk je Office Terus Buka Blog.Sebab Nak tengok Updater Terkini dari Bloggers Yang Lain...Dan tetiba aku nampak ada comment di blog aku..Wah..dapat Kad Raya Lagi..Hehehe..Seronok Tul...Tapi kad kali ni diberikan Oleh Seorang adik yang berasal dari Kuala Lumpur dan Berkerja Di Politeknik Perlis sebagai seorang Pensyarah..Rindu nak dengar suara adik ni yang bernama Khairunnisa.Beliau nie Juga merupakan salah seorang dari teman ketika satu pengajian dengan aku dulu di POLISAS..tak sangke ramai rupanya Bloggers dari tempat yang sama..Dia nie sangat kuat berceloteh dan sentiasa happening..
So Nisa terima kasih Beri kad Raya kat abang..abang sedang berusaha dengan gigih untuk menyiapkan e-Card sendiri ni..nanti kalau sempat abang bagi k..SALAM LEBARAN....

Monday, September 14, 2009

KAD RAYA DARI IRAH ( Terima Kasih Dik )

Credit To Princess Peri @ Irah The Cry Angle
Salam semua...ha aku dapat lagi kad raya electronik dari seorang lagi teman ku di POLISAS dahulu... Nama beliau nie Nur Syahirah atau lebih mesra dipanggil dengan nama Irah..dia nie comel dan sangat understanding.Terima kasih Irah Sebab Bagi kad raya kat abang.Ingat Jugak Irah Kat Abang...Harap Irah Bergembira selalu dan jangan nakal-nakal k..Salam sayang dari abangMu di Kuantan Pahang..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

KAD RAYA DARI Xikree (Terima Kasih Dik)

Credit tO Xikree
Assalamualikum dan salam sejahtera semua..Terima kasih kepada pemberi card Electronic ini iaitu Adik Muhammad Zikri bin Alias yang berasal dari Temerloh Pahang...Terima kasih sangat-sangat bagi kad nie kad abang..Happy sangat rasanya sebab tahun ini..ini adalah merupakan kad raya yang pertama yang di terima walaupun dalam bentuk elektronik..ingat jugak zik kat kami semua...aku sendiri pun belum sempat lagi untuk membuat kad eletronik sendiri memandangkan beban tugas yang sangat banyak di pejabat...Ape-ape pun terima kasih sekali lagi pada Xikree dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfiri..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Thursday, September 10, 2009

TAG DARI XikreE

Salam Semua...ahaks...Semalam aku di tag lagi...kali nie dari Xikree yang merupakan kawan sepengajian juga satu kumpulan nasyid ketika aku di POLISAS dulu..tajuk tag kali nie TAG MAKAN-MAKAN RAYA. adeh..puasa pun tak abeh lagi..baiklah xik.. Wakdan jawab soalan Woang..hehehe...

1.Suka memasak?

  • Not so sure but kengkadang memang masak pun..tapi kalau balik kampung memang 4 sure aku akan masak sebab aku suka tengok orang makan masakan aku..hehehe....
2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah.. (2 jenis)
  • 1. Masak Sambal Sotong dengan daun Limau Purut ( Faveret aku sebenar nyer nie)
  • 2. Masak Lemak Cili api ( Feveret aku gak tapi mak jugak masak yang sedap)
3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)
  • 1.Bi Hun Tom Yam ( Sebab nie memang aku akan masak di pagi raya..Family suka makan)
  • 2.Lemang dan Rendang ( Sebab nie memang makanan wajib setiap kali Hari Raya)
4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
  • 1. Kuih Almond America
  • 2. Kuih Goyang
5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..
  • Macam mane nie nak tayang sebab aku tak da ambil gambar masakan yang aku masak..hahaha....
6. Tag 10 Orang Rakan anda ( Mungkin si Xikree Lupa Nak Tulis Nie)
P/s: Kalau Anda Berminat sila jawab yer..kalau tak minat...paham-paham dah la...hehehe...