Friday, April 03, 2009

ALUMNI HOMECOMING 2009 - POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA


Di sini ingin diwar-warkan bahawasanya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, melalui Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti akan menganjurkan satu majlis yang dikenali sebagai "ALUMNI HOMECOMING 2009" bertempat di Politeknik Ungku Omar pada 16 Ogos 2009. Maklumat lanjut ada pada gambar di atas. Bagi menunjukkan tanda sokongan kepada program yang julung-julung kali diadakan ini, abg-long ingin menyeru kepada semua ahli MPC.Net untuk turut serta di majlis tersebut. Sila download borang penyertaan di sini http://jppkk.mohe.gov.my/alumi/pdf/BORANG%20PENDAFTARAN%20ALUMNI%20HOMECOMING.pdf

Kepada ahli2 MPC yang ingin menyertai diharapkan kita boleh senaraikan nama2 di sini, masing2 sila hantar borang ya. Sebaik telah menghantar borang maklumkan kepada kami menerusi PM/posting di topik ini. Agar kita boleh trace berapa ramai ahli MPC yang akan menyertai. Mungkin kita boleh mengadakan konvoi dari utara/selatan/timur/barat juga sabah/sarawak.

Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan yang antaranya :-

Quote
i) Pembentangan Kertas Kerja
ii) Dialog Alumni
iii) Lawatan ke Pameran/ Booth
iv) Makan Malam
v) Permainan Golf & Bowling

Sila hantar borang penyertaan yang telah lengkap dan bayaran sebelum atau pada 7 Mei 2009.

Jika tidak silap, makan minum pada hari tersebut ditanggung oleh JPPKK (sarapan+lunch+minum petang+makan malam). Kita hanya perlu memikirkan penginapan sahaja, sebab itu dicadangkan kita berkongsi untuk sewa hotel/apartment dll. Kemudian kalau nak sertai permainan boling dan golf, ada bayaran dikenakan (rujuk borang).

Mari bersama2 kita menyokong majlis pertemuan ini. Semoga kita dapat bertemu kembali dengan rakan2 lama dan juga dapat berkenalan dengan rakan2 yang baru. Seterusnya menjalinkan hubungan ukhwah yang murni di samping dapat membuka ruang/peluang untuk sama2 duduk semeja bagi berbincang tentang perkembangan semasa Politeknik.

Mungkin bagi ahli2 MPC, kita boleh mendapatkan bantuan dan pandangan dari Reez or Yohanna tentang lokasi hotel yang berdekatan dan berpatutan.

Sekian, harap maklum.

(SUMBER BERITA INI DIAMBIL DARI http://www.mypolycampus.net/index.php?PHPSESSID=5fd30d5989572cf1d6f87a9d2f2b2f7b&topic=3350.0) adalah bertujuan untuk mempromosikan aktiviti ini.

No comments:

JOM LAYAN

ANDA DARI MANA