Wednesday, March 04, 2009

SINOPSIS DARI CERAMAH UST RUJHAN MOHD RAZALI DI MASJID LAMA KG PERMATANG BADAK 19 FEB 2009

Mukaddimah

Abu Bakar R.A berkata :

من دخل القبر بلا زاد فكانما رطب البحر بلاسفينة

Sesiapa yang masuk ke dalam Kubur tanpa membawa bekalan maka dia seperti berada di tengah lautan tanpa sebuah kapal.

-Pastikan bekalan kita cukup sebelum ke sana yang kita pasti hadirnya cuma belum tahu waktunya

الأيمان يزيد بالطاعة و ينقص بالمعصية

Iman itu bertambah dengan mengerjakan ketaatan dan berkurangan denga mengejakan maksiat

-Kalau setakat kita masih solat sendirian dan dalam bilik pulak tu alamat iman belum cukup mantap apatah lagi kalau buat maksiat dating n coupling alamat iman terus hilang..

Doa yang Rasulullah ajar :

اللهم اجعل يومنا هذا خير من امسنا واجعل غداناخيرمن يومنا

Ya Allah jadikanlah hari kami ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

-Doa ini paling baik dan indah, Allah tidak akan jemu mendengar hambanya berdoa sehinggalah hambanya jemu untuk berdoa, so doalah pada setiap ketika.

Doa adalah otak ibadah dan senjata bagi orang mukmin. Berdoalah jangan membaca doa, iaitu penghayatan kepada doa tersebut.

Lawak Antarabangsa

1. Driver bas dikatakan lebih cepat membawa orang ke syurga berbanding dengan Khatib. Alasannya Driver bawa bas laju, penumpang rasa tidak selamat lalu ingat Allah takut kemalangan, berbanding dengan khatib baca khutbah dan makmum tidur sahaja. Jadi lambatlah ke syurga.

-Rasulullah berkhutbah, pendek, ringkas dan padat

Siapa BAIK ?

Siapa yang baik menurut piawaian Allah, menurut pandangan Allah?

Adakah yang rajin bekerja, tidak rasuah, berintegriti, tidak pecah amanah tetapi tidak puasa atau solat?

Sabda Rasul :

خيركم من طال عمره و حسن عمله شركم من طال عمره و سأ عمله

Sebaik-baik kamu ialah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya dan seburuk-buruk kamu siapa yang panjang usianya tetapi buruk amalannya.

-Panjang umur dan baik amalan so target jom kita berubah solat di masjid macam Rasulullah dan para sahabat yang mengutamakan solat dan masjid ( Apa-apa pun jom solat dulu di masjid).

Kisah tempat yang terbaik di dunia. (خير بقاع فى الأرض)

Sahabat bertanya kepada baginda Rasul di makankah tempat yang terbaik dunia ini , baginda menjawab aku tidak tahu dan aku akan bertanyakan kepada Jibrail , lalu baginda bertanya kepada Jibrail , Jibrail menjawab aku tidak tahu, aku akan bertanyakan Allah taala. Lantas Allah menjelaskan tempat yang terbaik di muka bumi ini adalah tempat di mana tempat letak dahi/sujud iaitu Masjid.

-Malanglah kita kalau hanya sekali seminggu aje kaki kita mampu melangkah ke tempat yang Allah Pencipta kita paling suka, sedangkan ke padang hampir setiap petang kita ke sana dan ke tandas agaknya berapa kali sehari? Nikmat kaki jangan sampai lupa Allah yang berikan kepada kita.

Persoalan Penting?

Betul Orang ke masjid belum tentu baik tetapi orang baik dah tentu akan ke masjid

Betul Orang yang solat belum tentu baik tetapi orang baik dah tentu akan solat

Betul Orang yang pakai tudung belum tentu baik tetapi orang baik dah tentu dia pakai tudung.

-Betul-betul.. Jom berubah..

Isu Palestine , siapa yang bersalah?

Jangan salahkan Khinzir yang menyerang tanaman kita akibat pagar yang tidak kukuh. Dalam konteks sekarang umat Islam perlu kembali mengimplementasikan fundamental Islam seperti yang pernah diperkatakan oleh pemimpin Yahudi yang mereka TIDAK AKAN gerun kepada umat Islam selagi solat subuh tidak seramai solat Jumaat

-Dalam kita membenci laknatuAllah Israel marilah kita kembali menegakkan tiang agama solatlah berjemaah zuhur dan asar paling minimum , dengarlah tazkirah zuhur dan maghrib paling kurang, zikirlah lepas solat fardu paling tidak dan berfikirlah bila kita ingin mulakan langkah hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

No comments:

JOM LAYAN

ANDA DARI MANA