Friday, April 04, 2008

Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro

Kepada pembaca yang berminat untuk menjadi pengacara, hos dan juga talent untuk program terbitan Astro Oasis, bolehlah menghadiri satu ujibakat yang akan diadakan pada 5 dan 6 April ini.

Inilah peluang untuk mencuba nasib dan mungkin akan menjadi ikon pengacara Astro Oasis.

Uji Bakat bagi pencarian Pengacara/Hos/Talent untuk program-program penerbitan Astro Oasis yang mana Uji Bakatnya bakal berlangsung seperti berikut:

Tarikh:
5 dan 6 April, 2008

Hari:
Sabtu dan Ahad

Masa:
9 pagi hingga 3 petang

Tempat:
Astro (Pusat Penyiaran Asia)
Pintu Masuk (North Entrance)
Taman Teknoloji Malaysia
Lebuhraya Puchong - Sungei Besi
Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur

Kriteria:

1. Sila bawa sekeping gambar terkini berukuran 4R (gambar penuh)
2. Satu salinan Kad Pengenalan
3. Kelulusan minumum SPM
4. Berperwatakan menarik, kemas, dan selesa dihadapan Kamera
5. Berpengetahuan tentang agama Islam
6. Fasih Bahasa Melayu (Kelebihan berbahasa Arab dan Inggeris)
7. Lelaki Islam - Berusia 17 hingga 45 tahun
8. Wanita Islam dan Bertudung - Berusia 17 hingga 35 tahun
9. Remaja Lelaki dan Perempuan (bertudung) – Berusia 15 dan 16 tahun

Di antara rancangan-rancangan menarik Astro Oasis yang bakal di hoskan oleh mereka yang terpilih adalah:

1. Rancangan Temu-bual Agama
2. Rancangan Gaya hidup muslimin dan muslimah
3. Rancangan Pengembaraan/travelogue
4. Rancangan Muzikal lagu-lagu ketuhanan
5. Rancangan Masakan
6. Rancangan Inter-aktif Keagaman
7. Rancangan Kanak2 dan Remaja
8. Rancangan Hal Ehwal Semasa dan Dokumentari
9. Rancangan Kuiz

2 comments:

MaRiLyN said...

salam,, nak tanya ckit la,, untuk pengacara saluran astro oasis, pakaian ditentukan oleh pihak astro atau ditentukan berdasarkan permintaan pangacara itu sendiri? harap dapat maklumbalas, terima kasih.

AD Hamzah said...

wsalam....pakaian ditentukan sendiri oleh kita..tapi perlu di ingatkan..pakaian hendaklah sentiasa sopan dan tertutup aurat...

JOM LAYAN

ANDA DARI MANA